Kargozari jamaah dakwah tabligh di Liberia Africa

Apabila umatku sudah mengagungkan dunia

Laporan dari jemaah Malaysia yg bergerak selama 4 bulan dari Jun hingga Oktober 2014 di Liberia :

– Liberia terletak d barat afrika. Telah dijajah oleh Amerika. Pada 10 tahun lepas berlaku peperangan maka hak org islam telah di rampas, ramai orang islam di bunuh dgn zalim. Keadaan orang islam dlm kefakiran.

– Jumlah penduduk 3.5 juta. 35% daripadanya adalah org islam.

-Bil. masjid d Monrovia 300 masjid dan seluruh Liberia lebih kurang 1780 buah masjid. Kebanyakkan masjid2 di kunci lebih 10 tahun.

~Ebola~

– Wabak ini berlaku pada 3 bulan yg lepas. Permulaannya di suatu daerah kecil d Lofa.

– Sebelum wabak Ebola ini merebak, jemaah India telah di hantar ke sana untuk usaha atas iman dan amal. Mereka telah ke sebuah perkampungan org islam di Lofa. Imam kampung tersebut telah halau jemaah keluar dari kampung itu kerana di situ semua penduduk beragama islam dan tidak perlu buat usaha dakwah di sana. Jemaah telah mesyuarat dan berpindah ke kampung bersebelahan.

-Seminggu selepas peristiwa ini berlaku imam tersebut di takdirkan demam dan sejam selepas itu imam tersebut meninggal dunia. Apabila isteri imam pegang mayat suaminya sejam selepas itu meninggal dan begitu juga 7 anaknya juga meninggal dunia. Wabak ini merebak ke seluruh kampung dan kampung berhampiran sehingga menteri2 Liberia telah turun ke sana dan isytiharkan berkenaan wabak Ebola.

-Apabila berlaku keadaan ini jemaah india balik ke kampung tersebut. Jemaah telah urus semua mayat2 dan dengan izin Allah dan kekuasaan Allah jemaah tidak berjangkit dgn wabak ini. Sehingga mereka yg masih hidup di situ terkejut dan x bagi jemaah tinggalkan tempat tersebut sehingga selesai mayat2 diuruskan. Mereka yakin dengan perantaraan jemaah Allah telah jauhkan musibah.

~Kelemahan~

-Keadaan di sana sangat susah. Agama masih lemah. Sehingga ada yg jama’ solat sebbnya nak menontot Piala Dunia.

-orang alim untuk ajar islam tiada. Terdapat d kalangan mereka dah masuk islam 13 tahun tapi alfatihah pun xtau baca.

-kehidupan sangat bebas bersosial.
Zina berleluasa.

-makanan mahal tapi arak murah. 3 botol arak hanya 5 ringgit. Amerika telah murahkan arak.

-Haiwan2 seperti kucing, kera, babi, ular di bunuh untuk dijadikan makanan.

-Muzik berleluasa. Di mana2 pun ada org menari.

~Dakwah dan tabligh~

– Sepanjang jemaah berada di sana usaha dijalankan. Boleh dikatakan hari2 ada org masuk islam dan banyak org suka islam. Seorang budak 8 tahun telah ajak kawan2 yg kristian untuk ke masjid dan masuk islam.

– 4 paderi besar telah masuk islam dan sedang keluar dakwah 4 bulan jalan kaki. 150 keluarga telah diislamkan.

– Kebanyakkan mereka yg buat usaha dakwah dan tabligh di Afrika Barat (Ethiopia, Ivory Cost dll ) terdiri daripada mereka yg dahulunya kristian tapi telah masuk islam. Solat fardhu di masjid seperti solat jumaat. Solat jumaat melimpah ke jalan. Agama berkembang. Usaha di Afrika dah jadi umum. Setiap org di sana paling kurang pernah keluar selama 10 hari.

– Jemaah perlu di hantar lagi secara berterusan. Pergorbanan jiwa, harta, diri dan mujahadah untuk agamaNya pasti Allah akan sediakan ganjaran dan hidayahNya. InsyaAllah tuan2..

Laporan dari Ustaz Umor Faroq
Tarikh karkuzari di Masjid Benggali : 20/10/2014

One thought on “Kargozari jamaah dakwah tabligh di Liberia Africa

Silahkan Tinggalkan Komentar

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s